Meneroka Nilai Herba Dalam Dunia Kesihatan
Oleh: myHerba    Jumaat, 05 Mac 2010 08:03    Cetak E-mel

hutan malaysiaTumbuhan merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai untuk manusia kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan sama ada sebagai sumber makanan, ubatan, kosmetik dan lain- lain lagi.

M
ALAYSIA merupakan antara negara terkaya di dunia kerana memiliki hutan hujan tropika yang mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. Ditambah lagi, kemewahan khazanah rimba Malaysia ini turut memiliki kira- kira 2000 spesies tumbuhan ubatan atau herba yang telah diwartakan, sekali gus menjadikan ia berperanan sebagai simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk diproses menjadi produk asas penjagaan kesihatan mahupun sumber ubatan dan makanan.

Penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan adalah sejajar dengan keperluan manusia itu sendiri. Selain ia digunakan dalam perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas.

Namun demikian, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan kewujudan tumbuhan tersebut serta kelebihannya dan memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan. Mungkin pendedahan dengan produk penjagaan kesihatan, minuman- minuman herba berasaskan tumbuhan yang berlambak di pasaran sekarang membuka mata masyarakat kita bahawa tumbuhan memberikan nilaian hebat dalam mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Tetapi sejauh mana tumbuhan herba tersebut berkesan seperti mana yang didakwa oleh pengusaha- pengusaha ubatan dan makanan perlulah dikaji secara mendalam.

Oleh itu, banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan herba. Antaranya ialah seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak dan banyak lagi. Untuk memastikan agar tumbuhan herba ini dipelihara dan sumbernya berterusan, maka, kepelbagaian biologi iaitu hutan- hutan di negara kita perlu diurus dengan baik. Ini kerana, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang ramai.

kacip fatima Anak pokok kacip fatima   tongkat ali Pokok tongkat ali   hempedu bumi Pucuk hempedu bumi   pegaga Ulam pegaga

Ini disebabkan oleh sifat kegunaan tumbuhan herba adalah pelbagai dan boleh digunakan secara meluas. Selain daripada sebagai sumber ubatan tradisional, tumbuhan herba juga digunakan dalam penghasilan bahan kimia tulen untuk ubat- ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Di samping itu, ia bermanfaat di dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, wangi- wangian dan juga makanan tambahan (nutraseutikal).

Pada dasarnya, hubungan antara manusia dan tumbuhan tidak dapat disangkal lagi kerana memang banyak manfaat yang diperolehi dari tumbuhan untuk manusia sejagat seandainya ia diguna dengan cara yang betul dan teratur. Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh manusia itu sendiri, agar apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dapat dimanfaatkan keseluruhannya.

Ternyata, penggunaan secara berkesan sumber tumbuhan herba menjadikan masyarakat kita mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan. Contohnya, penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Orang- orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan berkenaan dengan khasiat tumbuhan herba dengan melihat kesan tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan.

Ada juga yang mungkin ditemui secara sengaja atau tidak sengaja dan pengalaman yang ditimba mengajar masyarakat dahulu sama ada sesuatu jenis tumbuhan herba boleh dimakan atau tidak. Pemerhatian rupa bentuk, warna dan bau sesuatu tumbuhan merupakan cara yang penting dalam menentukan tumbuhan herba boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebaliknya.

Lantaran itu, perlunya juga penyelidikan yang saintifik disalurkan dalam bidang tumbuhan herba agar pengetahuan masyarakat dahulu terhadap bidang ini tidak lenyap dalam arus perubatan moden. Ini kerana, potensi tumbuhan herba amat meluas sekali untuk dijadikan sebagai ubat- ubatan dan barang kegunaan yang lain.

Atas dasar ini yang bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan keperluan masyarakat kini, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada petani malah mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding sesetengah tanaman lain yang banyak diusahakan oleh petani.

Oleh itu, penanaman tumbuhan herba perlu diperluaskan dan dikomersialkan selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998- 2010 yang mengenalpasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini. Sejajar dengan itu, penggunaan herba dalam industri di Malaysia telah meningkat berkali ganda sejak berpuluh tahun dahulu.

Contohnya penggunaan makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) telah mencecah RM950 bilion pada tahun 1996 dan dijangka meningkat pada masa sekarang. Namun begitu, peningkatan tersebut bukanlah suatu yang mengejutkan kerana ia berdasarkan sifat kegunaan tumbuhan herba yang pelbagai.

 
Melihat kepada perkembangan ini, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dibimbangi kerana telah wujud satu aliran masyarakat di dunia yang berpendidikan termasuk di Malaysia sendiri yang tidak terlepas daripada dilanda arus perkembangan tersebut, sudah mula mengutamakan dan menggunakan barangan berasaskan semula jadi berbanding barangan yang mengandungi bahan kimia.

Apabila memperkatakan barangan yang berasaskan tumbuhan herba bermakna kehidupan yang diamalkan adalah kembali ke alam semulajadi dan ia adalah selamat digunakan kerana diamalkan turun temurun dalam penjagaan diri dan kesihatan. Di samping itu, ia berkesan untuk merawat dan menjauhi daripada penyakit.

Apa yang penting, barangan tersebut berkemungkinan murah jika dibandingkan dengan produk keluaran luar negeri dan ia adalah mesra alam (degradable). Secara tidak langsung, penggunaan barangan yang berasaskan tumbuhan herba akan membantu dalam menjana ekonomi negara dan kita tidak akan bergantung kepada negara luar untuk produk penjagaan diri dan kesihatan.

 


Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.

Kacip fatimah mengandungi unsur antioksidan dan phytoestrogen yang dapat membantu mencegah pembiakan sel- sel kanser dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pada hari ini pasaran produk yang berasaskan kacip fatimah agak meluas berdasarkan manfaatnya yang pelbagai.

Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah benar seperti yang didakwa oleh pengeluar produk herba bahawa barangannya mengandungi unsur tumbuhan herba dan mampu memberikan kebaikan yang tertentu kepada kesihatan? Apa yang berlaku pada hari ini, ramai pengeluar produk herba menyatakan bahawa barangan yang diusahakan tersebut mengandungi tumbuhan herba yang sedemikian tetapi hakikatnya kuantiti tumbuhan herba dimasukkan ke dalam produk tersebut tidak mampu memberikan kesan yang mantap terhadap kesihatan.

Oleh itu, apa yang diperlukan untuk memperluaskan lagi industri herba ini, selain daripada penyelidikan yang berterusan, perlu juga diadakan piawaian bagi produk herba bagi menjamin mutu, keberkesanan dan keselamatan produk. Di samping itu, ia dapat menghasilkan produk yang seragam.

Piawaian terhadap produk yang berasaskan tumbuhan herba perlu bagi menembusi pasaran dunia dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap manfaat sesuatu tumbuhan herba. Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan terhadap tumbuhan herba perlu ditingkatkan dan mendapat kerjasama dari semua pihak agar khazanah tumbuhan yang kita miliki ini tidak lenyap begitu sahaja tanpa dimanfaatkan kegunaannya.

Artikel Oleh : Norkumala Binti Awang
Sumber : http://www.ikim.gov.my

Sumbangan :
Wanm
 
 

Rahsia Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Remayong

News image

Remayong adalah sayuran tradisional dan digemari masyarakat ...

Ulam | Wanm | Hit: 10933

Lagi...

Pucuk Manis

News image

Pucuk manis adalah sayuran tradisional yang sangat digemari....

Ulam | Wanm | Hit: 11207

Lagi...

Petola Ular

News image

Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. B...

Ulam | Wanm | Hit: 6942

Lagi...

Petola Bantal

News image

Petola bantal ialah sayuran tradisional yang semakin hari se...

Ulam | Wanm | Hit: 7133

Lagi...

Petai

News image

Buah petai sememangnya tidak asing kepada masyarakat Malaysi...

Ulam | Wanm | Hit: 7077

Lagi...

Mengkudu

News image

Pucuk muda mengkudu sering dimakan sebagai sayuran selepas d...

Ulam | Wanm | Hit: 8404

Lagi...

Maman

News image

Pucuk Maman sering dijadikan sayuran penyedap rasa dalam pin...

Ulam | Wanm | Hit: 10532

Lagi...

Keramak

News image

Keramak sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa. H...

Ulam | Wanm | Hit: 7581

Lagi...

Jering

News image

Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya...

Ulam | Wanm | Hit: 5365

Lagi...

Getang Kerabu

News image

Getang kerabu semakin dilupakan. Pucuk dan bunga herba ini d...

Ulam | Wanm | Hit: 6258

Lagi...
  • Gajus

    Pucuk gajus muda biasanya dimakan sebagai

  • Cemperai

    Cemperai adalah sayuran tradisional yang

  • Belinjau

    Pucuk dan buah belinjau muda adalah sayuran

  • Bayam Duri

    Bayam duri sayuran tradisional yang sama

  • Peria

    Walaupun rasanya amat pahit, PERIA tetap

  • Selasih

    Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai

  • Ulam Raja

    Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat

  • Turi

    Turi atau geti adalah sayur tradisional yang

  • Terung Ranti

    Pucuk atau daun muda terung ranti sudah lama

  • Terung Bulu

    Terung bulu atau terung asam adalah sayuran

  • Siantan Tanaman Hiasa

    Selain menghias landskap, hampir semua bahagian

  • Kesum

    Tanaman kesum sangat popular di kalangan

  • Serai

    Serai banyak di tanam sebagai tanaman dapur.

  • Pandan Wangi

    Daun pandan wangi adalah ramuan utama digunakan

  • Kunyit

    Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi

  • Lengkuas

    Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat

  • Halia

    Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus

  • Salak

    Buah salak mempunyai rasa yang manis atau

  • Limau Purut

    Limau purut tergolong dalam buah-buahan sitrus

  • Betik

    Buah Betik sememangnya popular sebagai buahan

Lagi Dalam: Masakan, Ulam, Buah-buahan, Tanaman Hiasan
next
prev

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 3290

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 4117

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 8977

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 2336

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru