Saintis Khasiat Herba
Oleh: myHerba    Isnin, 08 Februari 2010 16:06    Cetak E-mel

Dr. Rasadah bangga hasil gigihnya mendapat pengiktirafan pakar rujuk tumbuhan ubatan tempatan.Nama Dr Rasadah Mat Ali mungkin asing bagi kita, tetapi hasil usaha gigih dan jasanya terkandung dalam sebahagian besar produk berasaskan herba tempatan digunakan ramai rakyat negara ini.

P
roduk pelbagai jenama dalam bentuk minuman, krim kecantikan dan kapsul dengan manfaat seperti antiradang dan antibakteria itu, asalnya hasil kajian Bahagian Tumbuhan Ubatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diterajui Dr Rasadah selaku Pengarah Kanan serta barisan penyelidiknya.

Lebih membanggakan, anak kelahiran Kampung Sempering, Perlis, yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang kajian herba, turut diiktiraf sebagai pakar herba tempatan dan di rantau ini.

Antara projek disertainya termasuk beberapa projek penyelidikan di bahagian Tumbuhan Ubatan ialah penggunaan kaedah piawaian dalam pembangunan produk nutraseutikal yang bermutu dan selamat berasaskan tumbuhan ubatan tempatan serta pembangunan produk pelangsing berasaskan tumbuhan ubatan tempatan.

Menariknya, kesemua produk ini sudah pun dikomersilkan kepada beberapa industri herba di Malaysia. Tidak hairanlah, selain menyelia lebih 70 kakitangan, ibu beranak empat ini juga mesti membentang kertas kerja, memeriksa kertas tesis pelajar, menghadiri mesyuarat, selain kerap menerima kehadiran pengusaha industri herba yang mahu mendapatkan khidmat nasihatnya.

Namun pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya, tidak pernah menjadikan Dr Rasadah puas, sebaliknya beliau masih tetap sibuk meneroka potensi baru tumbuhan herba yang ada kerana minat yang terlalu mendalam terhadap usahanya itu.

Bidang kajian ini sudah menjadi sebati dan sebahagian hidup saya. Ia bukan sekadar karier tetapi pada masa sama, menjadikan saya lebih menghargai anugerah alam ciptaan Allah.

Ramai yang mungkin melihat tumbuhan sebagai pokok biasa, tetapi sebaik diletakkan di bawah mikroskop dan diasingkan, kita akan kagum dengan komponen kimianya yang pelbagai bentuk dan warna. Lebih istimewa, ia mempunyai pelbagai khasiat yang boleh diterokai dan dikomersilkan bagi manfaat ramai
katanya di pejabatnya yang terletak di tengah-tengah kawasan redup dan mendamaikan di Ibu pejabat FRIM Kepong, baru-baru ini.



Kariernya sebagai saintis, berkait rapat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Botani, Ijazah Sarjana bidang Fitokimia dari Universiti Malaya, dan seterusnya Doktor Falsafah (Fitokimia) di King’s College, University of London pada 1997.

Selain kesungguhannya, Dr Rasadah turut berterima kasih kerana mendapat sokongan FRIM sejak menjejakkan kaki di agensi itu pada 1988 hinggalah ke hari ini.

Namun, lingkaran hidupnya menepati pepatah kejayaan tidak datang bergolek. Malah ketika rancak menceritakan minat dan pengalamannya meneroka kehebatan herba tempatan, Dr Rasadah secara tiba-tiba menjadi sebak apabila diminta mengimbas jejak kejayaannya.

Boleh dikatakan, saya terpaksa bergelut dengan keadaan susah ketika kecil. Saya anak petani. Ayah dan ibu membanting tulang di bawah panas terik di sawah bagi menampung kehidupan kami enam beradik.

Saya sendiri tidak tahan kerana biarpun menjadi anak bongsu dan masih kecil, tetapi terpaksa turun ke sawah membantu ayah dan emak. Tetapi ayah dan ibu saya amat penyabar orangnya. Saya begitu kasihan dengan mereka dan bertekad tidak mahu hidup sebegini. Ketika itu saya sedar, cara terbaik ialah dengan memajukan diri di bidang pendidikan.



Beliau yang mengamalkan formula pembelajaran dengan mentelaah subjek sebelum diajar guru di sekolah, juga berbangga kerana biarpun ayah dan ibu, Allahyarham Mat Ali Yunus dan Timah Ahmad buta huruf, tetapi mereka menerapkan semangat cintakan pelajaran kepada anak-anak.

Usaha mereka tidak sia-sia kerana kami adik beradik berjaya dalam bidang masing-masing biarpun abang dan kakak dihantar ke sekolah Arab dan saya dijadikan eksperimen oleh ayah, dihantar ke sekolah aliran Inggeris


Beliau mengakui sedikit terkilan kerana kejayaannya hari ini tidak dapat disaksikan ayah dan ibu.

Allahyaham bapa saya meninggal akibat barah paru-paru, seminggu selepas saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. Ibu saya pula meninggal ketika saya masih menjalani penyelidikan PhD di King’s College, University of London pada 1996. Bagaimanapun, saya bahagia kerana sekurang-kurangnya ibu dapat merasa gaji saya selepas penat membesarkan diri ini



Kini Dr Rasadah boleh tersenyum bangga kerana hasil usahanya, FRIM menjadi rujukan utama pengusaha herba kecil dan sederhana, pengkaji dan orang ramai yang mahu menyelami khasiat tumbuhan herba ini.

Selain memastikan tumbuhan yang juga khazanah negara bernilai seperti tongkat ali, mas cotek dan misai kucing setanding ubat tradisional China dan India di persada antarabangsa, saya juga menyimpan hasrat memastikan FRIM mampu menjadi pusat sehenti bagi industri herba di negara ini

PROFIL: Dr Rasadah Mat Ali

Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan Santan, Perlis; Sekolah Menengah Inggeris Derma, Kangar dan Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Botani(Universiti Malaya); Ijazah Sarjana bidang Phytochemistry (Universiti Malaya) dan Doktor Falsafah (PHD) (Phytochemistry) dari King’s College, University of London.
  • Kerjaya : Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Ubatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),

  • Suami : Mohd Yazit Salim

Anak-anak :

  • Mohd Ashraf, 19;
  • Mohd Akmal, 17;
  • Mariam Afiqah, 15;
  • Mohd Aiman, 10 tahun.

Anugerah

  • Penerbitan Terbaik (Kategori Teknikal) 1999, Anugerah Penerbitan (Kategori Buku Panduan), 2005
  • Anugerah Khidmat cemerlang 2000, Pekerja Terbaik Tahunan FRIM Kumpulan Pengurusan & Profesional 2006, Anugerah Penerima Anjakan gaji (2006), Anugerah Ahli Mahkota Perlis (2007)

Inovasi

  • Anugerah Malaysian Technology Exhibition (MTE),2006 dan 2009
  • Anugerah International Invention, innovation, Industrial design & Technology Exhibition (ITEX 2006 dan 2008)

Artikel oleh : Nurul Adlina Kamaludin
Sumber artikel : Berita Harian Online

Sumbangan :
Wanm
 
 

Komen  

 
+1 #4 Nasuha Herbs Paradise 2011-09-11 23:14
Dapatkan segera produk herba yang halal dari Nasuha Herb Paradise Sdn. Bhd.
Untuk lebih informasi klik like di page facebook kami : http://www.facebook.com/pages/Nasuha-Herbs-Paradise/120918297961125
 
 
+1 #3 sue 2168 2011-08-09 18:29
Tahniah Dr....saya sangat meminati hal2 yg berkaitan dgn HERBA....harap banyak info bleh didapati dr Dr.... TQ
 
 
+1 #2 2011-05-12 23:23
msh byk khazanah hutan Malaysia yg blum dijumpai...syabas Dr, teruskan R&D...kami akan jadi supporters n users juga.
 
 
+3 #1 2011-01-21 16:49
tq for support herbs
 

Rahsia Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Remayong

News image

Remayong adalah sayuran tradisional dan digemari masyarakat ...

Ulam | Wanm | Hit: 10866

Lagi...

Pucuk Manis

News image

Pucuk manis adalah sayuran tradisional yang sangat digemari....

Ulam | Wanm | Hit: 11139

Lagi...

Petola Ular

News image

Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. B...

Ulam | Wanm | Hit: 6897

Lagi...

Petola Bantal

News image

Petola bantal ialah sayuran tradisional yang semakin hari se...

Ulam | Wanm | Hit: 7088

Lagi...

Petai

News image

Buah petai sememangnya tidak asing kepada masyarakat Malaysi...

Ulam | Wanm | Hit: 7050

Lagi...

Mengkudu

News image

Pucuk muda mengkudu sering dimakan sebagai sayuran selepas d...

Ulam | Wanm | Hit: 8356

Lagi...

Maman

News image

Pucuk Maman sering dijadikan sayuran penyedap rasa dalam pin...

Ulam | Wanm | Hit: 10450

Lagi...

Keramak

News image

Keramak sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa. H...

Ulam | Wanm | Hit: 7548

Lagi...

Jering

News image

Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya...

Ulam | Wanm | Hit: 5331

Lagi...

Getang Kerabu

News image

Getang kerabu semakin dilupakan. Pucuk dan bunga herba ini d...

Ulam | Wanm | Hit: 6217

Lagi...
  • Gajus

    Pucuk gajus muda biasanya dimakan sebagai

  • Cemperai

    Cemperai adalah sayuran tradisional yang

  • Belinjau

    Pucuk dan buah belinjau muda adalah sayuran

  • Bayam Duri

    Bayam duri sayuran tradisional yang sama

  • Peria

    Walaupun rasanya amat pahit, PERIA tetap

  • Selasih

    Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai

  • Ulam Raja

    Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat

  • Turi

    Turi atau geti adalah sayur tradisional yang

  • Terung Ranti

    Pucuk atau daun muda terung ranti sudah lama

  • Terung Bulu

    Terung bulu atau terung asam adalah sayuran

  • Siantan Tanaman Hiasa

    Selain menghias landskap, hampir semua bahagian

  • Kesum

    Tanaman kesum sangat popular di kalangan

  • Serai

    Serai banyak di tanam sebagai tanaman dapur.

  • Pandan Wangi

    Daun pandan wangi adalah ramuan utama digunakan

  • Kunyit

    Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi

  • Lengkuas

    Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat

  • Halia

    Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus

  • Salak

    Buah salak mempunyai rasa yang manis atau

  • Limau Purut

    Limau purut tergolong dalam buah-buahan sitrus

  • Betik

    Buah Betik sememangnya popular sebagai buahan

Lagi Dalam: Masakan, Ulam, Buah-buahan, Tanaman Hiasan
next
prev

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 3266

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 4090

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 8936

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 2316

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru